Latest Entries »

Minyak punya hal

Salam..

Lama giler tak menulis. Tapi rasa tak best lak dah lama ada blog tak biarkan camtu je.

Walaupun hold seketika namun ada gak yg menjenguk masuk. Jadi, baik lah aku sambung kembali catatan luahan hati buat syok sendiri.

Buat masa ini, isu minyak masak pula menjadi hangat. Kekurangan stok bekalan minyak masak dikedai runcit, pasar mini, mahupun pasaraya besar menjadi tajuk banyak akhbar. Dulu gula. Sampaikan aku terpaksa call kementerian yg jaga hal ehwal gula utk dapatkan bekalan.

Kenapa masalah ini terjadi? Lantak pegi la sebab apa pun. Malas nak fikir. Yang kena fikir kementerian berkenaan la. Apalak aku yang nak kena fikir. Bukan dorang bayar gaji aku pun. Sebagai negara pengeksport minyak sawit terbesar dunia adalah sangat memalukan perkara seperti ini terjadi. Seolah-olah kementerian terbabit gagal.

Jadi, tolong2 la selesaikan masalah ni secepat mungkin. Kesian makcik2 yg jual pisang goreng terpaksa tutup awal ataupun kesian pembeli2 pisang goreng yang akan dpt pisang goreng yg agak kureng daripada biasa sbb digoreng menggunakan minyak semalam. Buat malu je dgn negara luar. Isk.. letih la nak fikir.

Advertisements

Salam,

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa pihak Kerajaan Pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut;

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:

“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)

“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Oleh itu mari sertai kami menyatakan bantahan disini : http://www.facebook.com/group.php?gid=117320414965051

Sumber : http://drmaza.com/home/?p=1134

Aktiviti Mandi Peluh ataupun Sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat tu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh

Biarpun begitu, ramai yg tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yg mungkin anda selalu lakukan.

Keluarkan Toksin dari tubuh

Peluh yg keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yg diketahui, pori-pori yg membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yg ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

Meningkatkan metabolisme

Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

Kurangkan stress

Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan denga sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai

Sembuhkan masalah kulit

Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Membunuh bakteria & virus

Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me‘nyah‘ toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasansuhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus; meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..

Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda? Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.

2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori

3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.

4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori

5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Oleh Akhie Naim

Malam semalam (18 Januari 2010), saya berkesempatan menghadiri satu sesi perbincangan tertutup berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di kediaman Ketua Umum PKR. (Berita di sini) Turut hadir pada malam itu adalah para pemimpin PKR dan PAS. Perbincangan yang berlanjutan hampir tiga jam itu berjalan dengan agak baik, tetapi saya dan rakan-rakan agak kecewa dengan banyak hal, terutamanya yang berkaitan dengan ‘mentaliti’ dan ‘sikap’ orang-orang politik. Saya rumuskan perbincangan yang berlangsung pada malam tersebut dalam beberapa perkara penting yang saya senaraikan di bawah;

1) Hujah-hujah yang bersifat ilmiah dan intelektual, khususnya yang melihat daripada aspek teologi, falsafah bahasa, serta latar sosio-budaya, ternyata sukar diterima oleh ahli perbincangan pada malam itu yang rata-ratanya sudah membuat keputusan masing-masing. Sikap yang ditunjukkan oleh beberapa pemimpin politik yang memperlekeh pandangan intelektual, menolak pandangan dari sudut falsafah bahasa dan mengenepikannya mentah-mentah ternyata mengecewakan. Malah, lebih mengecewakan kerana majoriti pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang parti politik yang terlibat pada malam itu lebih bersifat ‘pandangan’ dan ‘pendapat’ yang seolah-olah dibuat tanpa melakukan penelitian, kajian, serta pembacaan yang lebih meluas dan mendalam. Banyak hujahan yang simplistic dilontarkan, semata-mata untuk mempertahankan pandangan kelompok mereka.

2) Sikap segelintir kecil orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan tersebut yang gemar menggunakan hujah daripada nas Al-Qur’an dan Al-Hadith, walaupun mereka bukanlah orang yang berkelayakan dalam bidang agama atau tidak pernah mempelajari agama secara serius melalui sistem pengajian yang serius (bukan melalui bacaan satu-dua buku, bukan melalui kajian Internet, bukan melalui ceramah-ceramah, tetapi melalui kelas-kelas pengajian yang ada gurunya), membayangkan keangkuhan mereka. Ayat-ayat yang digunakan, serta sanggahan terhadap penggunaan ayat itu sebagai dalil membenarkan penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam, telah disentuh oleh Mohd. Aizam bin Mas’od di dalam artikel bertajuk “Hujah Menolak Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Oleh Kristian”.

3) Pendirian ‘tidak rasmi’ Pakatan Rakyat seperti yang diumumkan oleh DSAI pada permulaan sesi perbincangan, yakni untuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini, antara lain – menurut DSAI – dikukuhkan dengan pandangan yang diterima daripada Dr. Yusuf Qardhawi dan Dr. Wahbah Zuhaili. Hal ini ternyata mengecewakan dan membayangkan seolah-olah orang-orang politik tersebut ‘miskin’ dengan jaringan para ‘ulama. Mendengar pandangan daripada dua orang tokoh tersebut, dan kemudian terus membuat suatu keputusan (saya katakan keputusan kerana kenyataan telah dikeluarkan dalam media) adalah merupakan perkara yang tidak sihat dan sebenarnya telah menutup pintu untuk menerima pandangan-pandangan lain. Ya, kedua-dua tokoh itu adalah tokoh besar di dalam dunia Islam tetapi dunia Islam mempunyai ribuan ‘ulama. Di Malaysia sahaja kita mempunyai begitu ramai ‘ulama yang hebat dan luas ilmunya. Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, sebagai contoh, seorang ‘ulama muda tempatan yang kitab-kitab karangan dan terjemahannya sudah mencapai 300 buah, malah ada di antara kitab-kitab beliau yang digunapakai di universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian di Mesir.

4) Sesi perbincangan tersebut dilihat agak ‘tidak adil’ dan bersifat ‘syok sendiri’. Hal ini demikian kerana ahli perbincangan tersebut tidak cukup ‘diverse’. Majoriti ahli perbincangan adalah merupakan orang-orang parti politik masing-masing. Beberapa orang ahli akademik yang menghadiri perbincangan tersebut pula adalah merupakan kenalan lama kepada para pemimpin parti politik tersebut, sehingga menjadikan pandangan dan pendapat mereka agak ‘reserved’ dan terlalu berhati-hati. Agak mengecewakan kerana banyak di kalangan individu-individu yang autoritatif di dalam hal ehwal agama, terutama di kalangan ilmuan yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, tidak dipanggil dan dilibatkan sekali. Seolah-olah, yang mereka iktiraf sebagai ‘ulama dan ilmuan hanyalah daripada circle mereka sahaja. Sedangkan, ada ramai ‘ulama dan ilmuan yang mampu memberikan pandangan secara ilmiah dan bernas – dan jika benar mereka mahu menegakkan semangat muzakarah demi mencari kebenaran, maka seharusnya mereka dilibatkan sekali.

5) Sikap politik kepartian yang tidak matang ternyata masih menebal. Biarpun sesi perbincangan tersebut – menurut yang difahamkan kepada kami – adalah sesi perbincangan ilmiah yang bertujuan untuk membincangkan isu tersebut secara sihat demi mencari penyelesaian kepada dilema yang sedang berlaku, tetapi ternyata orang-orang politik yang terlibat di dalam perbincangan tersebut – tua atau muda – semuanya masih ‘terperangkap’ dalam kerangka politik kepartian yang tidak matang. Biarpun beberapa kali disebutkan agar isu ini tidak dijadikan sebagai isu politik, tetapi ternyata pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh orang-orang politik pada malam itu majoritinya berdasarkan kepada kacamata ‘politik menang-kalah’; soal populariti parti, soal memenangi undi masih lagi menjadi timbang tara yang melebihi timbang tara ilmiah. Malah, perbincangan yang seharusnya ilmiah itu acapkali menjadi sesi mengutuk UMNO dan kerajaan. Ketua Umum PKR sendiri, pada hemat saya, agak emosional dan sangat terikat dengan pertimbangan politik dalam menilai pandangan-pandangan yang dikemukakan. Keadaan ini ternyata mengecewakan kerana sikap sebegini merugikan umat, kerana sikap ini menjadikan seolah-olah segala yang datangnya daripada UMNO itu dilihat oleh PAS-PKR sebagai ‘najis’ dan begitulah sebaliknya.

6) Apa yang agak mengecewakan dan merisaukan juga adalah apabila DSAI mengeluarkan kenyataan supaya isu penggunaan nama Allah ini tidak dipanjangkan kerana banyak isu lain yang ‘lebih penting’ seperti isu kezaliman pemerintah, rasuah dan sebagainya yang perlu diberikan penumpuan serius. Saya agak terkesima dengan kenyataan tersebut, yang membayangkan satu kecelaruan dalam pandangan alamnya. Isu nama Allah ini berkait rapat (jika pun tidak berkait secara langsung) dengan usuluddin, dengan asas agama – kerana yang dibincangkan di sini adalah nama Tuhan kita! – justeru persoalan yang berkaitan dengan ‘aqidah umat Islam (walaupun mungkin tidak berkaitan secara langsung) haruslah diberikan keutamaan. Kenyataan DSAI itu membayangkan seolah-olah untuk ‘bertarung’ dengan orang Islam (kerajaan UMNO) itu lebih penting daripada bersatu bersama umat untuk ‘bertarung’ menentang orang bukan Islam (gereja Katolik).

Agaknya, memang sukar untuk merubah masyarakat menjadi masyarakat yang benar-benar berbudaya ilmu. Agaknya juga, masih ramai yang tidak memahami bahawa politik bukanlah penyelesaian terbaik kepada javascript:void(0)segala permasalahan umat yang wujud pada hari ini. Mungkin juga, ramai yang masih belum memahami bahawa asas kepada penyelesaian permasalahan umat, dan seterusnya untuk membina tamadun umat Islam yang terbaik, adalah pada persoalan ‘aqidah – soal pembentukan pandangan alam Islam yang benar dan jelas.

Saya pasti ulasan ini tidak popular. Mohon maaf jika ada sesiapa yang terasa. Semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada kita semua dan melimpahi Rahmat-Nya kepada kita tanpa putus.

Sumber : http://hembusan-amal.blogspot.com/2010/02/diskusi-isu-kalimah-allah-bersama-orang.html

Salam…

Lamanya tak menulis disini. Kesibukan yg agak melampau hingga kadangkala isteri pun naik merajuk dibuatnya. Masakan tidak. Siang malam dok kerja. Tapi apakan daya. Tanggungjawab harus dilaksanakan demi untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Tak tau apa nak cerita. Cuma kebelakangan ini agak rajin berFacebook. Asal bukak laptop je bukak FB dulu, asal ada free wifi je surf FB dulu melalui HP. Macam addict la pulak. Ada pulak game yg menarik perhatian aku utk tak boleh kalau tak bukak FB dalam masa 24 jam.. Huhuhuhu.. Sebenarnya agak menyedihkan. Sebab, ketagih pada FB dah melebihi dari ketagih nak berzikrullah.. Semoga Allah ampunkan dosa aku.

Walaubagaimana sibuk pun urusan kerja aku pada waktu ini, aku masih lagi meletakkan agama dan keluarga diatas. Agama no.1 dan keluarga no.2. Baru la dtg hal kerja ditempat ke-3.

Nurin Nadhirah pada ketika ini sedang berperang menghadapi exam akhir tahun bagi darjah 1 dan baru sahaja selesai dgn exam di sekolah agama. Aku tak meletakkan harapan yang terlalu tinggi walaupun dihati kecil ingin dia dpt no.1 utk penggal akhir ni. Paling tidak pun biarlah peratusannya menaik dari exam dan ujian yg lepas. Disekolah agama pula harap kekalkan dengan rankingnya ketika ini dan peratusannya menaik.

Zulaikha pula baru selesai sukan disekolah tadikanya. Baru aku sedar yg anak aku no.2 ni ada talent jadi pemimpin. Dia mengetuai rakan2nya disekolah tadika utk nyanyian lagu patriotik dan bacaan ikrar. Sebelum ni mmg tak tau langsung. Sebab dia ni agak low profile berbeza dgn kakaknya. Zulaikha juga akan menghadapi final examnya disekolah tadika bermula Rabu ini. Alhamdulillah, check up Zulaikha dengan pakar urologi di HKL last week positif.

Maisarah pula sangat excited nak mula bersekolah tadika pada tahun depan. Sejak mamanya menghantar borang ke sekolah tadika, dia dah mula nak bahasakan dirinya dengan panggilan kakak pada adiknya. Kalau tak masih tak ubah dengan panggilan anja. Tapi dengan botol susunya masih tak bole lepas. Bila dilarang pandai dia menjawap “Ayah.. dekat sekolah kita minum apa yang cikgu bagi. Tapi dekat rumah baru la kita minum susu”… Hmm, mmg kalau nak berlawan cakap dengan Maisarah buat kita akan tergelak sendiri. Sangat alert kalau tgk kipas atau tv terpasang tanpa ada org. Mmg dia marah.. MEMBAZIR..katanya. Budak 3 tahun pun tau membazir. Siap la mamanya kena leter kalau tak tutup kipas.

Safiyyah dah 6 bulan. Tapi still comel macam aku kecik2. Berat pada hari ni (masa gi check up kat klinik) baru 5.9kg. Baby lain yg sebaya dgnnya dah ada yg cecah 8 kg. Takpelah. Yg paling penting kesihatannya baik.

Isteriku pula makin sibuk dengan urusan sehariannya. Dari jam 5.30 pagi hingga jam 10.00 malam (kadang2 lebih) buat kerja dirumah. Satu pengorbanan yg buat aku sangat2 bersyukur mendapat isteri aku ni, ialah dia sanggup menjaga dan menguruskan nenek aku yang tinggal bersama kami. Menguruskan makan pakainya, mandinya, dan yg buat aku sangat2 terharu ialah sanggup menguruskan kencing berak nenek aku. Hingga aku kadang2 terfikir dan hati kecil aku berkata, alangkah bodohnya aku kalau cuba2 nak cari yang lain. Kerana bagi aku isteriku Ruzlifah Binti Sahit, hanya satu je kat dunia ni dan tiada satu pun yg layak utk menggantikannya. Abang sayang ayang dan berdoa agar Allah SWT satukan kita dialam akhirat didalam syurga Allah SWT.

Salam…

Alhamdulillah, dah 27 hari kita berpuasa. Mood raya pun telah ON. Akan tetapi hati merasa sayu dan sedih untuk tinggalkan Ramadhan bagi tahun ini. Semoga Allah SWT lanjutkan usia untuk kita semua berjumpa lagi dengan Ramadhan ditahun hadapan.

Semalam, berjumpa dengan seorang supplier berbangsa India dan dia ada bertanya perihal puasa yang umat Islam sedang kerjakan. Dia merasa kagum kerana sepanjang hampir 14 jam sehari kita berpuasa tanpa makan dan minum, tetapi masih bertenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian. Lebih mengejutkannya bila saya beritahu anak saya yang berusia 6 & 7 tahun turut berpuasa. Malah Anak saya yang pertama seawal usia 5 tahun lagi telah berpuasa. Dia merasa hairan dan pelik. Bagaimana budak sekecil itu boleh berpuasa sedangkan dirinya (dia pernah cuba utk berpuasa cara umat Islam) tidak mampu bertahan walaupun duduk dan tidur sahaja dirumah.

Saya terangkan padanya, kekuatan umat Islam berpuasa adalah terletak pada NIATnya. Tanpa niat, tiada seorang yang akan mampu bertahan untuk tidak makan dan minum sepanjang hari. Perkara yang sama saya ajar pada anak-anak yang mana saya akan pastikan mereka berniat setiap hari untuk berpuasa. Memang dengan niat dan izin Allah akan memastikan kita mampu bertahan hampir 14 jam tanpa makan dan minum. Niat yang ikhlas dan kerana Allah akan juga dapat menahan kita dari perkara-perkara yang akan mengurangkan pahala puasa kita. Semoga Allah SWT terus beri kekuatan pada kita semua untuk terus berpuasa walaupun di luar Ramadhan..

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.

6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.

6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh

6 bulan: Masih lama lagi ke nih?

6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..

6 bulan: Trafik jam aah

6 tahun: K..

16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

More than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang dari Kerja:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…

6 bulan : I’m BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni

6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah

6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2jer.

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih

6 bulan: Eh… Your call…

6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!! !

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

More than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan: 6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh

6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.

6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu

6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…

6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

Waktu tgk TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?

6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.

6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..

More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

Wakakakakakaka.. Apa pun aku takde seperti senarai diatas. Sebab kami ni macam baru seminggu je nikah. Hehehe. Jangan marah haaa..

Salam..

Sekali lagi utk satu tempoh waktu yang agak lama aku tak menulis disini. Dengan kesibukan yang telah sampai ketahap gaban membuatkan ramai kawan2 yang rajin berkunjung kesini tertanya-tanya. Ada yang hantar email, ada yang sms dan ada jugak yang call tanya khabar. Terima kasih semua.

Kali ni bukan la aku nak berceritakan ttg kesibukan aku. Mungkin korang dah tgk gambar yg tertera seperti diatas. Gambar ni aku rakam di site opis aku. Lama dah sebenarnya sejadah ni kat site opis tu. Byk kali gak dah digunakan. Cuma ini kali pertama aku gunakan disebabkan kelewatan nak pergi ke masjid. Dah abis solat lak tu baru perasan. Nak aku buang ada satu lak tu sejadahnya kat situ. Jadi aku pun ambil gunting aku kerat la lambang salib tu. So, boleh la digunakan lagi. Musuh2 Islam ni ada je modal dia nak kenakan umat Islam ni. Kadang2 aku sedih gak tgk adik2, abang2, bapak2 yang pakai jersi bola yg ada lambang salib kat logo team yang diorang minat tu. Aku dulu ada dapat hadiah jersi AC Milan dari kawan aku yang baru balik dari Itali. Nak dibuang hadiah orang. Kalau kat sini harganya RM200++. Jadi aku simpan jelah. Suruh bini aku buang lambang tu langsung berlubang baju tu. Huhuhu. Alamak.. Kalau kawan aku baca ni mesti dia marah. Sorry ye geng. Tapi nak wat camner. Ada benda yang tak sepatutnya.

Ada ustaz bagi tau aku, “sebenarnya..bila sejadah dibuat corak dan warna..banyak jin duduk kat situ..tu yg solat terganggu..”

Salam..

Alhamdulillah pada 18/4/2009 pukul 7.15pm isteri aku telah selamat melahirkan ‘Nurin’ kami yang ke-4 dengan kaedah biasa di Hospital Serdang. Kali ini aku merasakan sendiri pengalaman duduk di labor room dari tengahhari lagi. Walaupun agak lama berada di labor room tapi alhamdulillah sakit nak bersalin tu sekejap je. Masuk pukul 10.30 pagi cm. Pukul 6.45pm 6.5cm. Start pukul 7.00pm bini aku dah sakit rasa nak bersalin. Aku panggil la nurse. Nurse tu dtg check tp lepas tu keluar dah selamba je cakap “lambat lagi.. tadi doktor cakap baru 6cm”. Ini bukan anak pertama. Bini aku tau la camner rasa nak bersalin. Aku tak puashati panggil nurse yang lain dan dia dtg tgk terus terkejut. “Eh, kenapa cepat sangat ni”.. Huh.. Saspen tu. Alhamdulillah, didepan mata aku lihat bagaimana anak aku dilahirkan… Insaf.. Janganlah sesekali kita menderhaka pada ibu kita.Syukur yang tak terhingga pada Allah SWT atas kurniaan rezeki dan anugerah yang sangat bermakna ini. Dikesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada kawan2 yang tak putus2 mendoakan keselamatan isteri dan baby aku. Terima kasih juga diucapkan pada semua jururawat dan doktor yang bertugas pada hari tersebut dan juga semua staff di wad 5E Hospital Serdang. Semoga Allah SWT sahaja yang akan membalas jasa baik anda semua. Nama? Belum lagi. Yang pasti Nurin tetap ada mengikut ketiga-tiga kakaknya Nurin Nadhirah, Nurin Zulaikha & Nurin Maisarah. Mungkin kawan2 ada cadangan? Bolehlah syer2 kat sini.

  

(Klik utk besarkan)

Salam…

Hampir 2 minggu saya tak menulis diblog ini. Bukan takde masa terluang, tetapi takde topik yg menarik utk diperkatakan. Kerana sepanjang tempoh tersebut, adalah hari politik negara dengan perubahan pemimpin dan pilihanraya kecil yang agak hangat. Seorang kawan pernah mengesyorkan, kalau nak blog jadi popular dan mempunyai hit yang ramai tulis tentang politik. Hmmm.. Malaslah.. Sekadar ambil tahu sudahlah. Cukuplah kehadiran pembaca yang setia dengan purata 20 orang sehari kat blog aku ni.

Berkenaan dengan tajuk diatas aku nak cerita lah perihal manusia yang sebangsa dan seagama dengan aku ni. Hari Ahad lepas, isteri aku ajak la pusing2 kat Putrajaya. Bawak anak2 bermain basikal kat depan Masjid Putra. Walaupun cuaca agak muram, demi nak memenuhi kehendak isteri aku yang bila2 masa akan bersalin, aku redah je la. Dari Putrajaya, pukul 7.00pm terus ke Bangi mencari tempat untuk makan. Malas nak balik rumah dulu. Boleh dikatakan kebanyakkan tempat2 makan di Bangi ada menyediakan surau. Jadi bolehlah solat maghrib disitu. Selesai sahaja mengambil order, waktu maghrib pun masuk. Kami sekeluarga ke surau utk solat maghrib.

Selesai solat, alhamdulillah makanan dah siap dihidangkan. Kedudukan meja kami betul2 hampir dengan surau dan sepanjang tempoh waktu masuk solat hingga kami selesai makan dan beredar lebih kurang jam 8.40 malam, takde sorang pun yang kesurau walaupun dtg lebih awal dari kami sekeluarga dan ngam2 waktu maghrib. Eh, adalah sorang makcik ni dan beberapa orang pekerja di situ. Sedih betul aku lihat saudara seagama ku sendiri dengan sewenang-wenangnya tinggalkan solat. Kupujuk hati ku dengan beranggapan mereka ni semuanya musafir dan akan buat jamak takhir nanti. (tapi takkan lak kesemuanya).

Aku pun pernah menaikkan hadis2 celaan orang yang meninggalkan solat. Tak perlulah aku nak mengulas panjang. Kadangkala aku tertanya-tanya sendiri adakah solat ni mereka lakukan bila ada masa lapang sahaja? Padahal kalau kat Malaysia ni dengan masjid dan surau yang begitu banyak serta tempat2 utk solat disemua premis takde sebab utk kita tinggalkan solat. Kat tengah padang golf pun ada tempat untuk solat. Aku semakin tak faham dengan keadaan sekarang ni. Kalau pasangan2 yang bujang tu tak berapa sangat hati ni, tapi bila dah berkeluarga dan ada lak yang pangkat atuk dan nenek macam buat dek je hal2 solat ni, inilah antara sebab mengapa Islam dihina disana sini. Mungkin satu akta/penguatkuasaan perlu dibuat keatas orang2 yang tinggalkan solat ni. Bersesuaian dengan satu sabdaan nabi yang maksudnya “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur.”