Salam…

Alhamdulillah, dah 27 hari kita berpuasa. Mood raya pun telah ON. Akan tetapi hati merasa sayu dan sedih untuk tinggalkan Ramadhan bagi tahun ini. Semoga Allah SWT lanjutkan usia untuk kita semua berjumpa lagi dengan Ramadhan ditahun hadapan.

Semalam, berjumpa dengan seorang supplier berbangsa India dan dia ada bertanya perihal puasa yang umat Islam sedang kerjakan. Dia merasa kagum kerana sepanjang hampir 14 jam sehari kita berpuasa tanpa makan dan minum, tetapi masih bertenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian. Lebih mengejutkannya bila saya beritahu anak saya yang berusia 6 & 7 tahun turut berpuasa. Malah Anak saya yang pertama seawal usia 5 tahun lagi telah berpuasa. Dia merasa hairan dan pelik. Bagaimana budak sekecil itu boleh berpuasa sedangkan dirinya (dia pernah cuba utk berpuasa cara umat Islam) tidak mampu bertahan walaupun duduk dan tidur sahaja dirumah.

Saya terangkan padanya, kekuatan umat Islam berpuasa adalah terletak pada NIATnya. Tanpa niat, tiada seorang yang akan mampu bertahan untuk tidak makan dan minum sepanjang hari. Perkara yang sama saya ajar pada anak-anak yang mana saya akan pastikan mereka berniat setiap hari untuk berpuasa. Memang dengan niat dan izin Allah akan memastikan kita mampu bertahan hampir 14 jam tanpa makan dan minum. Niat yang ikhlas dan kerana Allah akan juga dapat menahan kita dari perkara-perkara yang akan mengurangkan pahala puasa kita. Semoga Allah SWT terus beri kekuatan pada kita semua untuk terus berpuasa walaupun di luar Ramadhan..